Saturday, December 31, 2011

Novel terakhir ke???isk

Sebenarnya aku takdela rajin sangat nak update blog cuma tadi masa terbaca satu post kat fb pasal novel bersiri kegemaran aku dah sampai novel terakhir tetiba aku rase sedih, Then aku decide untuk mengabadikan novel-novel kesayangan aku tu dalam blog ni..Aku bukan lah peminat novel yang "tegar" sangat tapi kadang-kadang tu layan jugak.Dalam sejarah baca novel ni, novel first yang aku baca ialah Bicara Hati, huhu memang best la citer dy, asam garam sume cukup sampai aku rasa aku pun dah jadi salah seorang watak dalam novel tu.Suka dengan watak Tengku Shazran tapi hehe ade la gak yang tak berkenannya, well nobody perfect right??Then ada la juga citer-citer cinta yang aku layan macam Ombak Rindu, Andai itu Takdirnya and beberapa novel yang aku pun dah lupa tajuk dia,Tapi semua novel yang aku penah baca tu sume pinjam. Aku rasa membazir kalau beli novel macam tu tapi nak baca juga. Sehinggalah satu hari, rumate ak masa kat matrik memperkenalkan aku dengan novel "Bagaikan Puteri" karya Ramlee Awang Murshid,dia just cite je kat aku jalan cerita dalam novel tu serba sedikit sebab dia pun takde novel tu tapi sangat-sangat menarik minat aku then aku pun cari novel tu dan untuk pertama kalinya aku beli novel..hehe kali ni serius aku tak rasa membazir langsung. Novel tu lak adalah novel bersiri so aku merupakan salah seorang pelangan tetap  yang memberi keuntungan pada RAM..ok nilah novel-novel yang aku gila sangat tu..

                                                                     ni novel first

                                                                          ni second

                                         ni yang ketiga(tapi yang ni aku takde tapi dah baca.,hehe)

                                                                           ni no 4

  yang kelima, novel yang ni aku sanggup gi pesta buku kat pwtc sebab kat situ je ada jual dan sampai-    
      sampai je memang ada satu je yang tinggal,alhamdulilah memang rezeki aku time tu...:))

yang last tajuk dia "Sunan Musafir".ni tak kuar lagi tapi dah tak sabar nak baca ni..Dalam banyak-banyak watak hero dalam filem, drama or novel memang watak hero dalam novel ni paling aku suka.. Sangat-sangat low profile, gentlemen, romantik, menghormati orang tua, penyabar and mcm2 lagi la akhlak-akhlak mulia dalam diri dia ni, mybe orang akan cakap dalam novel memang la sempurna tapi in reality??hehe watak dia ni takdela sempurna sangat, sebagai manusia dia pun tak lari dari wat silap tapi dia belajar dari kesilapan dia tu dan jadi orang yang lebih baik..nama dia saifudin jalis tau lebih dikenali sebagai "laksamana sunan", Orang panggil dia macam tu sebab dia pandai bersilat dan dia sangat-sangat berusaha untuk mengamal dan mencontohi sunah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian dia.Bab solat dan ngaji ni jangan citer la,memang dipenuhi dengan solat sunat dan zikrullah sentiasa dan dia ni gak hafiz. Citer novel ni epik sikit and Saifudin ni pernah kalahkan Hang Tuah wa cakap lu,hehe.  Maybe dia ni "banyak" persamaan dengan aku kot sebab tu aku suka sangat-sangat kat watak dia ni, salah satunya silat..hehe banyak la sangat. Dan novel yang wat ak nangis adalah Cinta Sang Ratu sebab time ni Saifudin ni kawin,isk jeles kot sampai hati dia lupakan janji dia kat aku, kata nak tunggu aku habis belajar..ni novel last lak nak kuar lagi la aku sedih t lau dah habis ak nak beli novel apa lagi..tak leh ke RAM terus sambung jalan citer novel ni sampai aku tua???isk tak rock la RAM ni,orang baru nak feel..Agak-agak ada tak laki macam Saifudin ni kat dunia???hmmmm kat Syurga konfirm la ada kan...JOM GI SYURGA,WEEEE

Saturday, December 24, 2011

Allah Lebih Tahu..

Subhanallah, Alhamdulilah, Walailahaillah Allahuakbar.....

Memang susah sangat-sangat untuk terima sesuatu yang dirancang tapi tak jadi macam yang dirancang. Kadang-kadang eh bukan kadang-kadang tapi kita ni selalu lupa yang kita cuma hamba dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Tapi masa adalah ubat terbaik disamping usaha dan doa yang istiqamah uttuk terus menerima takdir yang telah ditentukan. Berfikir positif dan jangan bersangka buruk dengan ketentuan Allah. Allah tidak pernah bebankan sesuatu yang melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 286 yang bermaksud :


 "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya.".


Dalam sesuatu musibah atau situasi yang berat untuk ditanggung, kita mudah sahaja untuk mengalah. Namun, ayat di atas mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang tersembunyi dalam diri kita, tinggal kita sahaja untuk mencari kekuatan itu. Bilamana kita kehilangan seseorang yang tersayang, ataupun kita dihantar bertugas jauh daripada ahli keluarga, ataupun kita ditimpa sesuatu kecelakaan, ayat inilah yang akan kita sebut untuk menguatkan semangat dan motivasi diri. Ayat inilah yang kita akan pegang sebagai suatu tolakan dalaman untuk terus bertahan dan tabah dalam menghadapi sebarang situasi. Andai kita terlupa, pasti akan ada orang-orang sekeliling yang mengingatkan kita kepada firman Allah ini.Oleh itu wahai hati belajarlah untuk bersabar kerana jalan menuju Syurga itu penuh dengan pelbagai rintangan. Peliharalah kata-kata dari perkataan yang tidak baik sehingga boleh merendahkan pandangan masyarakat terhadap diri kita sendiri. Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala Dia menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran.


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)


“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)


Pasti ada sesuatu aspek yang kita belum selesaikan sebaiknya yang menjadikan kita belum betul-betul bersedia untuk diberikan sesuatu yang kita harapkan itu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Selidiklah diri kita dengan benar dan jujur dan perbaikilah kelemahan-kelemahan diri. Perbaiki dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita, insya-Allah. Yakinlah..

Sunday, December 4, 2011

Jangan Ungkapkan Cinta Pada Hati Lembutnya..




“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga 
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” Q. S. An-Nur (24):31

Ada sebuah kisah klasik di antara kita para anak manusia…
Adam dan hawa, begitulah kecenderungan manusia pada setiap lawan jenisnya…
Ada ikhwan akhwat, akhi ukhti, qais laila, romeo juliet, dan begitulah seterusnya…
Sudahlah kebiasaan, jika cinta itu diungkapkan seorang pemuda pada kekasihnya…
Diungkapkan seorang ikhwan kepada akhwat..

Jujur,  itu bukanlah perkara biasa…
Tetapi sungguh luar biasa…
Ketika ada lelaki berkata pada wanita “Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu…”
Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya… mengharapmu menjadi kekasih hati…
Terbungkus harapan dan janji-janji manis…

Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu?
Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang…
Mungkin ada dari kalian  yang punya hati sekuat keluli,  lali akan kata-kata itu…
Tetapi  banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan
Terbang kemana pun angin berhembus…
Betapa tak kuasanya…
Lembutnya hati si hawa…

Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya??
Dengan kerapuhan dan kelembutan…
Atau  mungkin kebodohannya…

Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut.
Kenapa begitu? kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas…
Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan…
Bermain-main didalam angan-angan dan buaian…
Realitinya, kalian belum berani menghadapinya…
Jika anda seorang yang “jantan”, nikahilah wanita itu.
Renungkanlah…

Jauhi wanita, jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa…
Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya…
Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu – pintu fitnah,
Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya…
Menghalalkan yang telah diharamkan-Nya…

Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari’at-Nya…
Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya…
Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepada-Nya…
Sabarlah dan tuntutlah ilmu…
Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan…
Jika memang sudah tak boleh,
Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya…
Berkahwinlah melalui jalur syari’atNya…
Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya…

Muslim yang baik untuk muslimah yang baik…
Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula…
Dan sebaliknya…
Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya
Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan…

Kuntum mawar yang telah merekah mempesona, hadirkan ungkapan cinta suci pada kekasihnya…
Itulah cinta yang sesungguhnya…
Semoga Allah menyayangimu…
Hijablah hatimu dengan hijab kalian…
Hijab yang sempurna…
Jangan biarkan hatimu mudah terjatuh kerana kerana seorang lelaki khilaf yang berpenyakit hatinya, hingga terlena akan harapan-harapan  kosong mereka…



Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/jangan-ungkapkan-cinta-pada-hati-lembutnya/#ixzz1fa4DNo8F

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/jangan-ungkapkan-cinta-pada-hati-lembutnya/#ixzz1fa45qj3y