Friday, October 12, 2012

Itukah Calon Pilihanmu Adam?

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.


Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa..

Sunday, June 3, 2012

Atas Nama Cinta



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya

p/s: lirik indah yang memberi ingatan berguna pada diri sendiri

Tuesday, May 29, 2012

Demi Cinta Allah

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

-Artikel iluvislam.com





Artikel yang berjaya menyentuh hatiku...pengalaman yang serupa tetapi berbeza....namun pengajaran itu tetap sama

Monday, May 21, 2012

-Speechless-


Alhamdulillah..selepas bermacam-macam kesulitan yang perlu dihadapi, akhirnya semuanya berjaya ditempuhi. Akhirnya hari ini, aku dah HANTAR TESIS AKU!!!WEEE, HORRAY!!! huhu macam konfirm dapat A je kan, insyaallah dipermudahkan, sama-sama kita berdoa. "Ya Allah Permudahkanlah dan Berilah yang  TERBAIK buat hambaMu ini, aminnnn". Kepada rakan seperjuangan yang masih berjuang, jangan putus asa. Garisan penamat hanya beberapa langkah di hadapan just keep moving dear, YOU CAN DO IT!!! FIGTHING!!. Tadi lepas aku print full draft tesis untuk di hantar ke pusat pengajian rasa nk menangis pun ada. Tak sangka akhirnya aku berjaya juga siapkan tesis aku ni. Makan masa dua sem setengah gak la untuk siapkan semua. Walaupun aku dah lewat hantar dari tarikh asal tapi aku tetap berpuas hati sebab semua tu hasil  penat lelah aku. Yela siapa lagi nak hargai kalau bukan diri sendiri. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi semangat untuk aku siapkan tesis ni. (macam tulis penghargaan pulak, hehe). 

Bila ingat balik detik-detik awal aku kena buat tesis dulu. Macam-macam dugaan yang datang. Pilih tajuk dan penyelia yang diidamkan alhamdulillah dapat tapi tetiba penyelia suruh buat tajuk lain pula dan  perlukan pertolongan penyelia bersama. Okay go on jele maybe boleh belajar benda baru. Tub-tub masuk sem seterusnya dapat tau penyelia yang aku pilih tu dah PENCEN dan dia tak boleh jadi penyelia utama aku lagi so automatik penyelia bersama akan jadi penyelia utama aku..Huhu tak leh nak cakap apa -speechless- tambah-tambah aku tak suka sangat kat dia..haks2 sebab dia agak susah untuk berbawa berbincang yer...sikap tu je yang aku tak suka pun..Dan selepas tu bermulalah detik2 kesengsaraan aku menyiapkan tesis di bawah dia. Aku jarang jumpa dia sebab aku tak nak stress..hahaha..jumpa time ada benda yang betul-betul penting jer.(jahat tak aku?)...mana tak fobia kawan-kawan aku yang duduk bawah dia asyik kena marah je..lepas tu setiap kali jumpa dia suruh tambah macam-macam tuk tesis. So lebih baik aku diamkan diri jer...xdela kena tambah macam-macam sangat. Aku teruskan juga perjuangan untuk menyiapkan tesis ni dan alhamdulillah..hari ni 21 MEI 2012, pukul 3.40pm..dengan rasminya aku dah hantar draft tesis aku..susah nak cakap perasaan tu,yela bila kita dapat siapkan sesuatu setelah menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan, rasa puas yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata...so tu la main point entry kali ni.."Speechless"..

Friday, April 27, 2012

Keep Moving Dear

Hmmm, sekarang musim budak-budak final year bertungkus-lumus untuk siapkan tesis masing-masing. Memang realiti hidup kat ipta ni amat mencabar. Kenapa aku cakap macam tu??? huhu  takyah tengok jauh-jauh la, aku sendiri contoh terdekat. Walaupun dari sekolah rendah lagi aku cuba cari kat mana kecenderungan aku dalam subjek-subjek tertentu supaya aku takdelah susah-susah nak decide  nak ambik kos apa bila nak masuk u nanti tapi still aku tak jumpa kat mana kecenderungan aku..Yup aku memang dah masuk U tapi semakin lama aku belajar kos aku rasa ni bukan bidang aku. Memang antara sastera dengan sains tentulah aku lebih ok dalam sains tpi kos aku ni cuma cabang kecil sains pun ak dah rasa tak boleh bawa. Yela kalau cakap pasal result takdelah fail tapi xdela bagus mana pun. hmmmmmmm (keluhan panjang)-hehe x baik mengeluh.

     So sekarang walaupun macam terjadi untuk buat tesis aku ni, aku akan tetap berusaha untuk siapkannya semampu aku. Ye aku memang lembap sikit nak paham tambah subjek yang banyak guna kira-kira and software sebab dulu math mode aku time spm aku dapat A solid tpi addmath aku???(waaaaa nangis air mata darah)..memang la dpt B tpi time spm je sebab spm graf turun, lau exam masa kat sekolah dulu, nama aku tak pernah tersenarai calon yang lulus dalam erti kata lain GAGAL(9G).ok!!.isk. Tapi rupanya jodoh aku dengan subjek math masih kuat buktinya tuk tesis ni aku kena gunakan software statistik yang aku memang tak reti nak guna dan aku x paham...Waaaaaaaa...

   Walaupun aku tak tahu apa kesudahan progress tesis aku ni, aku akan pastikan aku usaha sehabis baik dan semampu aku dan selebihnya aku hanya mampu serahkan kepada Allah. Aku akan cuba hadapi penyelia yang amat menyeramkan kerana kesusahan beliau untuk berkompromi dan bertolenrasi dengan keadaan dan situasi pelajar. Akan ku telan pahit manis tu walaupun memang takde manis langsung yang aku telan selama ni...isk. Come on SYU, YOU CAN DO THIS. Dont ever run from problem but facing it because you cant run forever..So kawan-kawan yang sekapal dengan aku, marilah kita bersama-sama tabah untuk meneruskan pelayaran kehidupan ini..chewah ayat..hiks2 sampai sini je kot aku mengarut malam ni sebab semua kawan-kawan aku dah tidur tapi aku baru bangun, stay up la kononnya tapi dok update blog ni ha...huhu....Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku, sentiasa bersama dan memberi semangat ketika aku berada dalam kesusahan. Kerana korang, aku masih mampu tersenyum walaupun sedang berduka, masih mampu berdiri walaupun jatuh berkali-kali, masih mampu teruskan perjalanan walaupun yang menanti di hadapan penuh dengan cabaran. Thank You ALLAH for sending them to be with me....:)))). oklah sekian sampai di sini saja ucapan saya di malam yang sunyi ini, terima kasih..

Saturday, March 31, 2012

Siapa Wanita Yang Cantik???


Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!


sumber:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=198104560299450&set=a.196304923812747.37618.147052988737941&type=1&ref=nf

Tuesday, January 10, 2012

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah JANJI...