Tuesday, May 29, 2012

Demi Cinta Allah

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

-Artikel iluvislam.com





Artikel yang berjaya menyentuh hatiku...pengalaman yang serupa tetapi berbeza....namun pengajaran itu tetap sama

Monday, May 21, 2012

-Speechless-


Alhamdulillah..selepas bermacam-macam kesulitan yang perlu dihadapi, akhirnya semuanya berjaya ditempuhi. Akhirnya hari ini, aku dah HANTAR TESIS AKU!!!WEEE, HORRAY!!! huhu macam konfirm dapat A je kan, insyaallah dipermudahkan, sama-sama kita berdoa. "Ya Allah Permudahkanlah dan Berilah yang  TERBAIK buat hambaMu ini, aminnnn". Kepada rakan seperjuangan yang masih berjuang, jangan putus asa. Garisan penamat hanya beberapa langkah di hadapan just keep moving dear, YOU CAN DO IT!!! FIGTHING!!. Tadi lepas aku print full draft tesis untuk di hantar ke pusat pengajian rasa nk menangis pun ada. Tak sangka akhirnya aku berjaya juga siapkan tesis aku ni. Makan masa dua sem setengah gak la untuk siapkan semua. Walaupun aku dah lewat hantar dari tarikh asal tapi aku tetap berpuas hati sebab semua tu hasil  penat lelah aku. Yela siapa lagi nak hargai kalau bukan diri sendiri. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi semangat untuk aku siapkan tesis ni. (macam tulis penghargaan pulak, hehe). 

Bila ingat balik detik-detik awal aku kena buat tesis dulu. Macam-macam dugaan yang datang. Pilih tajuk dan penyelia yang diidamkan alhamdulillah dapat tapi tetiba penyelia suruh buat tajuk lain pula dan  perlukan pertolongan penyelia bersama. Okay go on jele maybe boleh belajar benda baru. Tub-tub masuk sem seterusnya dapat tau penyelia yang aku pilih tu dah PENCEN dan dia tak boleh jadi penyelia utama aku lagi so automatik penyelia bersama akan jadi penyelia utama aku..Huhu tak leh nak cakap apa -speechless- tambah-tambah aku tak suka sangat kat dia..haks2 sebab dia agak susah untuk berbawa berbincang yer...sikap tu je yang aku tak suka pun..Dan selepas tu bermulalah detik2 kesengsaraan aku menyiapkan tesis di bawah dia. Aku jarang jumpa dia sebab aku tak nak stress..hahaha..jumpa time ada benda yang betul-betul penting jer.(jahat tak aku?)...mana tak fobia kawan-kawan aku yang duduk bawah dia asyik kena marah je..lepas tu setiap kali jumpa dia suruh tambah macam-macam tuk tesis. So lebih baik aku diamkan diri jer...xdela kena tambah macam-macam sangat. Aku teruskan juga perjuangan untuk menyiapkan tesis ni dan alhamdulillah..hari ni 21 MEI 2012, pukul 3.40pm..dengan rasminya aku dah hantar draft tesis aku..susah nak cakap perasaan tu,yela bila kita dapat siapkan sesuatu setelah menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan, rasa puas yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata...so tu la main point entry kali ni.."Speechless"..