Wednesday, November 30, 2011

Air Oh Air...


Kali ni isu air berulang lagi.Memang setiap kali masuk semester masalah air sentiasa menjadi perkara wajib, tak tau la kalau memang isu air ini subjek wajib setiap semester kat u aku ni..Dan yang paling pelik mesti isu air datang masa tengah mid sem or exam or tengah nak kena hantar asignment bertimbun dengan dateline yang semakin mendekati. Alhamdulilah ada juga kolej yang masih ada air then aku boleh la menumpang mandi. Aku rasa kali ni memang agak kritikal sebab hampir semua blok kat kolej aku ketandusan air termasuklah air pili bomba. Kalau dulu at least ada gak satu blok yang akan ada air dan pili bomba takdelah sampai kering kalau tak pun siang takde air tapi malam dah ada air balik so sempat la nak simpan air..But this time 4 hari takde air straight, huhu memang haru so malam tadi aku terus ambil keputusan untuk migrate ke kolej kawan aku yang masih ada bekalan air sebab pagi-pagi buta aku ada kelas dan interview subjek english. Aku dah tak nak ambil risiko dan tak de idea kat mana nak cari air. .Hari ini air dah ada kat kolej aku..Alhamdulillah semoga berkekalan..terima kasih Allah atas nikmat air ini...


PANTUN XDE AIR
1.air batu lame2 cair
bila blok 12 nak ada air??
2.tadah air dlm baldi
air xde camne nak mandi?
3.cari air sana sini
sampai bile nak jadi gini??
4.malam ni mkn megi
bukan air je..tv pun xde lagi..
5.Pluto jauh dari Bumi
please...tlonglah kami...

Tuesday, November 29, 2011

Sebenarnya Allah Ambil Dia Untuk Uji Kita



Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,

Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..

♥Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku.

♥Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur. Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.

♥Dan jgn sekali-kali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu. Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/surat-untuk-kekasih/#ixzz1f7ZcLiEe

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/sebenarnya-allah-ambil-dia-untuk-uji-kita/#ixzz1f7ZNUNY4

Tuesday, November 1, 2011

Rindu...

Kenapa tah sekarang ada rasa rindu yang membuak-buak kat kampung halaman. Hmm sejak masuk sem ni memang tak pernah balik lagi, start sem je macam-macam aktiviti menanti. Anak buah baru pun tak sempat tengok walaupun kalau ikutkan dekat je dengan UKM ni cuma kalau dah tiap-tiap hujung minggu kena gi field bila masanya nak datang rumah kakak..tak kan nak ponteng kuliah lak,aishh..takpe lah insyaallah ada rezki nanti jumpa gak dengan anak buah, mak pun dah sibuk tanya bila nak balik..rindu kat anak bongsu dia la tu..nak rindu anak2 yang lain sume dah berkeluarga so tinggal yang sorang ni jela tempat bermanja(walaupun memang x manja pun)..hehe

cuti kali ni sekali dengan cuti raya n cuti mid sem, rasa bahagia dan x sabar semacam je nak balik sebab rasenya aku dengan abang aku je kat rumah, yang lain turn rumah mentua kot..(hopefully)..hehe..so menu ak boleh la conquer sume, mak aku mesti tanya aku nak wat raya ni..hmm kena fikir ni...apa yang best yerk????

pape pun present sehabis baik tuk proposal dulu then barulah fikir menu yer syu...nak soh a.ngah beli mercun la banyak2 nak lepas gian...weeee sonoknya..hmm dalam seronok2 jangan lupa pada yang berduka,untuk mereka yang telah kehilangan orang tersayang tabah dan bersabarlah menghadapi raya ini dan kehidupan akan datang, sesungguhnya mati itu pasti...kita semua akan melaluinya cuma dengan masa dan cara yang berbeza..Untuk yang akan beraya dengan ahli keluarga,ambil lah kesempatan ini untuk menghargai kehadiran mereka sebelum kita dijemput pulang oleh Allah..dunia cuma RNR dalam lebuhraya perjalanan menuju alam akhirat..