Tuesday, November 1, 2011

Rindu...

Kenapa tah sekarang ada rasa rindu yang membuak-buak kat kampung halaman. Hmm sejak masuk sem ni memang tak pernah balik lagi, start sem je macam-macam aktiviti menanti. Anak buah baru pun tak sempat tengok walaupun kalau ikutkan dekat je dengan UKM ni cuma kalau dah tiap-tiap hujung minggu kena gi field bila masanya nak datang rumah kakak..tak kan nak ponteng kuliah lak,aishh..takpe lah insyaallah ada rezki nanti jumpa gak dengan anak buah, mak pun dah sibuk tanya bila nak balik..rindu kat anak bongsu dia la tu..nak rindu anak2 yang lain sume dah berkeluarga so tinggal yang sorang ni jela tempat bermanja(walaupun memang x manja pun)..hehe

cuti kali ni sekali dengan cuti raya n cuti mid sem, rasa bahagia dan x sabar semacam je nak balik sebab rasenya aku dengan abang aku je kat rumah, yang lain turn rumah mentua kot..(hopefully)..hehe..so menu ak boleh la conquer sume, mak aku mesti tanya aku nak wat raya ni..hmm kena fikir ni...apa yang best yerk????

pape pun present sehabis baik tuk proposal dulu then barulah fikir menu yer syu...nak soh a.ngah beli mercun la banyak2 nak lepas gian...weeee sonoknya..hmm dalam seronok2 jangan lupa pada yang berduka,untuk mereka yang telah kehilangan orang tersayang tabah dan bersabarlah menghadapi raya ini dan kehidupan akan datang, sesungguhnya mati itu pasti...kita semua akan melaluinya cuma dengan masa dan cara yang berbeza..Untuk yang akan beraya dengan ahli keluarga,ambil lah kesempatan ini untuk menghargai kehadiran mereka sebelum kita dijemput pulang oleh Allah..dunia cuma RNR dalam lebuhraya perjalanan menuju alam akhirat..

2 comments:

  1. hehe..betoi ke tak manja?
    hrmmm, menu best..satay dengan rendang la syu! wahhh, sedapnnayaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. hehe kema ni bocor rahsia la...ala susah nk buat...rendang dgn lemang dah konfirm ade..nak yg mknn bese2 je..

    ReplyDelete