Thursday, October 6, 2011

Foreigner & SIlat

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya biarkan blog ni berhabuk sebab selalu baca blog orang jer coz malas nak update blog sendiri.hehe...hmm sem ni sebenarnya rasa excited sebab malam tadi baru tau yang ada 2 orang foreigner berminat nak belajar silat yang memang dah sebati dengan diri aku sepanjang masuk ukm ni.(sebati la sgt buah pun dah lupe,hehe).Cuma cuak sikit sebab nanti mesti kena speaking time nak ajar dorg buah-buah silat, penat membayangkan macam mana nak translate istilah-istilah silat kat dorg. banyak istilah-istilah silat yang memang susah nak translate dalam bi contohnya "kilas","buah kuntau jatuh"."gilis","sepak minang".. kalau buah kuntau jatuh di translatekan so jadi "fall kuntau fruit" hehe kelakar je bunyi x ganas langsung..foreigner ni  2,2 perempuan,dari iran tengah buat phd dan dorang dah kahwin. hmm macam famous je silat ni sampai foreigner ambik phd berminat nak masuk tapi sebenarnya secara peribadi aku risau sikit sebab dorang dah kahwin. silat ni banyak gerakan yang memang akan jatuh so takut2 la kalau dorang ni pregnant pastu buat pula gerakan macam tu, isk semoga semuanya dipermudahkan,amin...pape pun kita tengok dulu progress macam mana harap semuanya berjalan lancar,insyaallah..

sedikit info mengenai silat yang aku belajar ni:
*hanya dibuka untuk yang beragama islam.
*sangat sesuai untuk perempuan kerana gerakan yang mudah
*effect pada mangsa samaada pengsan.patah or mati..so kena hati2 ye
*tenaga pengajar perempuan disediakn untuk pelajar perempuan

secara peribadi aku rasa silat ni memang bagus dan aku kagum dengan kreativiti seni orang melayu sebab silat ni tak perlukan tenaga yang banyak untuk kalahkan penyerang tu..so macam mana nak kalahkan dorang ialah dengan gerakan silat yang telah dikaji yang boleh kunci pergerakan penyerang tu. Kita juga akan diajar untuk menyerang bahagian-bahagian tertentu tubuh yang kalau pukul dengan gerakan yang betul boleh menyebabkan kecederaan yang parah pada penyerang tu..so logik la silat ni sesuai tuk perempuan kan sebab memang fitrahnya perempuan kudratnya x setanding lelaki tapi dengan gerakan simple ni je kita boleh tewaskan dorang,insyaallah..

p/s: ni bukan promote cuma pendapat peribadi..:))

3 comments:

  1. AHAHA , fall kuntau fruit !

    Interesting ! Can we eat that fruit ? @.@

    xD

    ReplyDelete
  2. op kos can....then we eat up sendeng fruit...yummy..so many fruit

    ReplyDelete
  3. byknye buah...xboh share ke???

    nway, thanks byk2 syuk 4 da MC...luv u!!!!:)

    ReplyDelete